Semasa kecil, jika ditanya apa cita-cita saya? Pasti jawapan saya, guru. Entah kenapa, mungkin kerana guru adalah orang yang rapat dengan kita selain ibubapa dan adik beradik sendiri.
Namun semakin hari, bulan dan tahun berlalu, cita-cita itu bukan lagi menjadi agenda utama dalam topik cita-cita saya.
Saya suka membca novel seawal usia 12 tahun, bermula dengan novel-novel penyiasatan Hardy Boys dan Nancy Drew. Dari situ, saya mengkagumi penulis cerita-cerita ini. Mereka mampu membawa saya sebagai pembaca ke dalam cerita rekaan mereka. Jauh di sudut hati, saya menyimpan impian untuk menjadi salah seorang daripada mereka yang mampu membawa pembaca di alam realiti ke alam yang saya cipta.
Saya mulakan impian saya dengan menulis sebuah cerpen sewaktu saya di Tingkatan 5 untuk majalah sekolah. Saya sendiri dah lupa tajuknya (kesal betul!). Saya amat gembira kerana cerpen saya terpilih di antara 3 cerpen terbaik, and of course terpilih untuk disiarkan dalam majalah sekolah. Masa tu, saya rasa sangat seronok. Hasil tulisan pertama mendapat pengiktirafan.
Sewaktu di Kusza, peluang makin terbuka luas dengan pertandingan menulis cerpen. Tapi disebabkan kekangan masa dan tugasan terutamanya semasa peringkat Diploma, saya amat jarang berkesempatan untuk mengambil bahagian. Cuma yang saya ingat, saya hanya sempat menyertai pertandingan terjemahan teks Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu anjuran Persatuan Pelajar Usuluddin PPUS. Dan berjaya... walaupun di tempat kedua.
Peluang datang sekali lagi sewaktu di peringkat Advanced Diploma. Walaupun tugasan agak banyak, saya dah pun boleh organise masa saya dengan agak baik waktu itu. Mungkin usia pun dah agak dewasa. Sekali lagi saya mencuba nasib menyertai pertandingan cerpen untuk Majalah al-Usrah Kusza. Alahamdulillah cerpen saya yang bertajuk "Inses... terampunkah?!" terpilih antara lima cerpen terbaik dan dimuatkan dalam majalah tersebut.
Dan lebih 'grand' lagi, penyampaian hadiah pertandingan diadakan di Dewan Muktafi Kusza yang gah itu. Tapi, saya tak ambil sendiri hadiah itu sebab tempat duduk saya nuuuun jauh di atas. Lagipun tak sangka pulak kategori cerpen pun ada malam itu. Pergi ke majlis pun kerana Najmiyah yang suruh, itupun lewat coz ada kelas sebelum tu.
Anyway, itu hasil nukilan saya. Pada tahun yang sama (1997), saya mula menulis satu transkrip novel yang sampai hari ni belum siap-siap lagi. Tajuk pun belum ada, isinya pun belum lengkap walaupun dah hampir ke penghujung.
Saya pernah memberikan manuskrip yang tak lengkap itu kepada beberapa orang kawan untuk dibaca dan diberi komen. Kebanyakannya tak komen banyak, cuma kata mereka, ada air jernih di hujung kelopak mata sewaktu membacanya. Hmm...
After 10 years, saya dapat tahu my own sister has the same gift from Allah. Fadhilah... diminta menyiapkan sebuah manuskrip novel for K Publishing milik Khadijah Hashim. Saya bersyukur dan bangga dengan pencapaiannya. Mungkin dia akan menyambung cita-cita saya yang terpendam sekian lama. Teruskan fadhilah... Kak cik sentiasa menyokong kamu!
Tidak ramai yang menyokong seorang wanita untuk jadi penulis. Saya ada beberapa contoh... hanya sebagai panduan dan iktibar semata-mata.
Saya pernah mempunyai seorang kawan lelaki yang agak rapat suatu ketika dulu... 10 tahun lalu. Saya pernah beri manuskrip novel saya untuk dia baca dan saya minta komen. Pada hari dia pulangkan manuskrip itu, dia cakap dia tak baca walau satu page pun manuskrip itu. Saya rasa agak kecewa kerana tidak mendapat sokongan daripadanya, walhal saya selalu support apa yang dia buat.
Contoh lain... seorang lelaki juga... who was supposed to my fiance-to-be waktu itu... dia bertanyakan impian saya bila hidup bersamanya. Saya cakap, saya prefer to be a housewife dan mahu bekerja dari rumah untuk tambah pendapatan. Antaranya saya mahu menulis... dan sangat ingin jadi penulis. Dia tidak bersetuju malah mencadangkan saya mengambil sijil perguruan di maktab. Kami argued on that matter for a few days. And at the end, dia ambil keputusan to cancel our engagement.
Namun tak semua tak menyokong. Contohnya... My hubby... baru beberapa hari lepas, saya luahkan hasrat saya untuk mencapai cita-cita terpendam ini... and at the same time, saya bagitau dia tentang manuskrip novel tertunda itu. Responnya... quite good. Dia minta saya sudahkan manuskrip itu. Saya rasa seronok... begitu lama saya simpan rahsia tentang manuskrip itu (hampir 6 tahun usia perkahwinan kami) kerana bimbang tak dapat sokongan, finally i got it. Dan lebih bermakna, sokongan itu dari orang tersayang. Thank you, abang!
So from now on, in this blog... you will find nukilan kata dari penulis-penulis yang saya petik kebanyakannya dari novel mereka. Enjoy their beautiful words... and the meanings beneath.
Kepada penulis baru ... teruskan impian. Kepada peminat... jangan give up untuk terus beli dan beli... :)
Wednesday, February 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment